Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kolej UNIMAS dijilat api
  • KEBAKARAN

Kolej UNIMAS dijilat api

Utusan Sarawak 2 months ago
PANGGILAN KECEMASAN… Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman di Kolej Rafflesia UNIMAS, petang tadi.
-Foto kredit Bomba 

KOTA SAMARAHAN: Sebuah kebakaran melibatkan bahagian siling di tingkat 4 Kolej Rafflesia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), petang tadi berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada 4.52 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi.

Operasi pemadaman diketuai oleh PBK I (TBBK II) Justin Basik.

Kebakaran melibatkan sekitar 50 peratus bahagian siling dua unit flat kediaman pelajar yang tidak berpenghuni. 

Pasukan bomba menggunakan satu aliran hos sepanjang 400 kaki dengan dua nozel serta sumber air dari pili bomba bagi memadam kebakaran.

Setelah memastikan tiada lagi punca api dan keadaan selamat, operasi ditamatkan dan anggota bertolak balik ke balai. 

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

OLEH AMANDA L.

Continue Reading

Previous: Dua kenderaan, sebuah motosikal musnah terbakar
Next: Lima kenderaan musnah terbakar dalam bengkel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.