JUARA Terbuka AS dua kali, Brooks Koepka semalam berkata dia telah menarik diri dari pertarungan golf Terbuka AS minggu depan di Winged Foot, masih bergelut dengan kecederaan.
Koepka memenangi kejuaraan pertamanya di Terbuka AS pada 2017 di Erin Hills dan mempertahankan mahkota pada 2018 di Shinnecock, pemain pertama yang memenangi gelaran Terbuka AS berturut-turut sejak Curtis Strange pada tahun 1988 dan 1989.
“Sayangnya, saya telah memutuskan untuk menarik diri daripada Terbuka AS minggu depan,” kata Koepka semalam.
“Saya tidak sabar untuk kembali sihat dan bertanding dalam masa terdekat.”
Koepka, yang merupakan naib juara tahun lalu kepada Gary Woodland dalam usahanya untuk memenangi gelaran Terbuka AS ketiga, juga memenangi Kejuaraan PGA 2018 dan 2019 namum berkongsi tempat ke-29 dalam PGA bulan lalu di TPC Harding Park, San Francisco.
Koepka mengalami kecederaan lutut kirinya pada awal 2019 dan mengalami mencederakan lutut yang sama tahun lalu di Korea Selatan.
Dia berehat hampir lima bulan dan terlepas cut atau menarik diri daripada tiga daripada lima permulaan sebelum ‘lockdown’ Covid-19 pada Mac.
Dia merupakan naib juara di WGC St. Jude Invitational bulan lalu tetapi, pada minggu berikutnya, Koepka memerlukan rawatan pinggul semasa menjalani pusingan kedua PGA, di mana dia merosot dengan pusingan akhir 74 pukulan.
Dia terlepas cut minggu seterusnya di Greensboro dan menarik diri daripada pembukaan playoff untuk mengakhiri musimnya. – AFP