Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KM terima kunjungan ASTRO, RISEAP
  • SEMASA

KM terima kunjungan ASTRO, RISEAP

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN … Abang Jo merakam gambar kenangan bersama rombongan ASTRO. • Foto PENERANGAN

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Tujuan kunjungan hormat pertama daripada rombongan ASTRO yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan adalah bagi tujuan membincangkan kolaborasi dalam bidang media dan penyiaran dengan Kerajaan Sarawak.

Manakala, kunjungan hormat yang kedua daripada pihak rombongan Regional Islam Da’wah Council of Southeast Asia & the Pacific (RISEAP) yang diketuai oleh Setiausaha Kehormat, Datuk Marzuki Omar adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai perkembangan terkini  RISEAP.

Menurut kenyataan daripada pihak RISEAP, ia telah ditubuhkan pada bulan November 1980 dengan objektif untuk memupuk perpaduan dan kerjasama di antara organisasi Muslim di rantau ini.

Selain itu, ia juga bertujuan membantu dan menyokong organisasi anggota dalam memberikan pendidikan yang mencukupi dan sistematik untuk minoriti Muslim di rantau ini.

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen GPS diberi taklimat
Next: Pilihan raya negeri kali ini berbeza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.