Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana hadapi MTL – Nanta
  • SEMASA

KKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana hadapi MTL – Nanta

Utusan Sarawak 6 months ago
MENTERI Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (enam,kiri) menyampaikan Anugerah Kecermelangan Kejuteraan Jalan REAM kepada Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng (empat,kiri) pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia Ke-12 2024 dan Kongres Serantau Persekutuan Jalan Antarabangsa Asia-Pasifik Ke-5 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (lima,kiri). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bilik Gerakan Bencana Kementerian Kerja Raya (KKR) diaktifkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bermula hari ini hingga Mac 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata melalui  Bilik Gerakan Bencana itu, KKR berupaya untuk membuat pemantauan banjir, seterusnya mengatur gerak pasukan di peringkat daerah.

“Bilik Gerakan Bencana atau Big Ben lengkap dengan sistem dan alat-alat bantu kita untuk memantau banjir, seterusnya menggerakkan pasukan di peringkat daerah dan sebagainya. Kita dah ada sistem itu, sekarang kita dah gerakkan,” katanya.

Nanta berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Jalan Se-Malaysia kali ke-12 dan Kongres Jalan Asia Pasifik, Persekutuan Jalan Sedunia kali kelima di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan MTL atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 Nov dan berterusan hingga Mac tahun depan.

Dalam tempoh berkenaan, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun, Mohd Hisham berkata sekiranya kejadian monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
Next: Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.