Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KKM usaha tangani isu kekurangan pakar libatkan Hospital Sibu
  • WILAYAH

KKM usaha tangani isu kekurangan pakar libatkan Hospital Sibu

Utusan Sarawak 2 years ago
TAKLIMAT… Lukanisman ketika diberi taklimat oleh Dr Nanthakumar (lima, kanan) pada lawatan kerjanya ke Hospital Sibu, petang semalam.

SIBU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha menyelesaikan isu kekurangan pakar dan pakar mata di Hospital Sibu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni menyatakan perkara itu selepas diberikan taklimat oleh Pengarah Hospital Sibu, Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu berkenaan isu-isu berbangkit melibatkan hospital berkenaan.

“Saya telah meninjau keberkesanan Hospital Sibu menguruskan kecemasan terutama sekali di Zon Kuning dan Zon Merah, Sistem Pengurusan Katil Hospital yang mereka amalkan mungkin boleh digunapakai di hospital-hospital yang lain,” jelasnya.

Beliau juga dibawa melawat fasaliti Hospital Medan yang telah memberikan satu kemudahan ketika mengurus pandemik beberapa tahun yang lalu.

“Keberkesanan Hospital Medan ini telah diaplikasikan ke Bahagian Miri dan Kuching,” ujarnya.

Lukanisman juga diberi penerangan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu tentang keperluan untuk mewujudkan klinik-klinik baharu di Bahagian Sibu dan menaiktaraf klinik sedia ada yang agak padat dan bahagian tersebut memerlukan klinik-klinik kesihatan jenis tiga (KK3).

“Saya telah minta PKB untuk berbincang dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei dan kerajaan Sarawak untuk melihat kesesuaian tapak tanah, sebelum pihak KKM mengajukan cadangan ini.

“Memandangkan populasi di Sibu semakin meningkat terutama sekali dengan peningkatan rumah-rumah baharu dibina sudah pasti perkhidmatan diperlukan,” ujarnya lagi.

Katanya, beliau turut meninjau keperluan seperti peralatan dan ini adalah semua sama di semua bahagian hospital-hospital yang telah dilawatinya.

“Sebagai contoh keperluan X-Ray, apabila kita memohon keperluan ini bukan hanya peralatan yang perlu, tapi mesti datang sekali dengan perjawatan.

“Itu adalah beberapa perkara yang saya sampaikan kepada pihak warga KKM di Hospital Sibu,” ujar beliau.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pameran digital dapat sambutan luar jangka, tarik 9,170 pengunjung
Next: Jalin kerjasama promosi Sarawak menerusi ciptaan, produk seni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.