Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KKM tubuh pasukan khas teliti isu kekurangan doktor, pakar perubatan negara
  • KESIHATAN

KKM tubuh pasukan khas teliti isu kekurangan doktor, pakar perubatan negara

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Dr Dzulkefly Ahmad

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Antara Kementerian bagi meneliti isu kekurangan doktor dan pakar perubatan termasuk aspek pengekalan bakatdalam sektor kesihatan negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata satu garis masa khusus telah ditetapkan bagi memperhalusi dan merangka penyelesaian menyeluruh terhadap perkara berkenaan.

“Persoalan kekurangan doktor, pakar perubatan sudah berlarutan sejak sekian lama, dan sebagai kementerian yang berdasarkan kemudahan serta perkhidmatan kesihatan, kami dengan 151 hospital, tentunya berdepan pelbagai permasalahan.

“Saya sedar, dan saya meminta Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah Kesihatan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi selain Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan menangani perkara ini, khususnya di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wellness Hub Sandakan hari ini.

Beliau berkata masalah kekurangan doktor harus ditangani secara tuntas bersama-sama kementerian lain dengan lebih bersistematik.

Dzulkefly berkata pasukan petugas khas itu turut meneliti cadangan penambahbaikan insentif kepada pegawai perubatan termasuk elaun perpindahan bagi menggalakkan penempatan di Sabah.

“Saya mahu perkara ini dilihat dalam jangka panjang… tidak ada sebab mengapa insentif seperti ini tidak boleh diberikan kepada doktor yang komited untuk berkhidmat di Sabah,” katanya.

Beliau juga berkata seramai 42 pegawai perubatan siswazah telah ditempatkan di Hospital Duchess of Kent di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Dzulkefly berkata kementerian akan mengemukakan cadangan balas dalam masa terdekat berhubung langkah pengurangan perbelanjaan operasi oleh Kementerian Kewangan yang melibatkan sektor kesihatan.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi berjumlah RM5.4 bilion membabitkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi sebagai sebahagian usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Saintis Australia bangunkan teknologi sel stem baharu untuk penyakit darah, kanser
Next: Program Vaksin Influenza Komuniti anjuran SUPP Kuching terima sambutan menggalakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.