Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KKM keluarkan 4,753 kompaun merokok bernilai RM1.2 juta September 2023
  • NASIONAL

KKM keluarkan 4,753 kompaun merokok bernilai RM1.2 juta September 2023

Utusan Sarawak 2 years ago
MENURUT Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, sebanyak 2,566 kompaun bernilai RM1.28 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,753 kompaun bernilai RM1.2 juta sepanjang September lalu atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Sejumlah 9,848 notis kesalahan pula dikeluarkan daripada 23,093 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata 2,566 kompaun bernilai RM1.28 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 6,003 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas dengan 176 premis telah diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Semua negeri diminta bagi kerjasama laksana Banci Pertanian 2024
Next: Teruskan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin – Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.