Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KJM meriahkan Karnival Gemilang Damai di Buntal
  • Selatan
  • WILAYAH

KJM meriahkan Karnival Gemilang Damai di Buntal

Utusan Sarawak 6 months ago

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika melawat sekitar gerai pada Karnival Gemilang Damai V yang berlangsung di Buntal Esplanade.

SANTUBONG: Karnival Gemilang Damai V yang berlangsung di Buntal Esplanade disambut meriah.

Kejiranan Mesra (KJM) sekali lagi memainkan peranan penting dalam mempromosikan semangat perpaduan dan keharmonian melalui penganjuran program itu.

Program tahunan ini merupakan hasil kerjasama antara KJM, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), dan komuniti setempat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata KJM telah menunjukkan komitmen yang kukuh dalam melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat, bukan hanya di peringkat Sarawak, tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Beliau turut menyatakan bahawa karnival seperti ini berperanan penting dalam memupuk perpaduan yang mampan di negeri ini, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

“Semangat keharmonian di Sarawak ini adalah tunjang kepada kemajuan negeri kita. Dengan sokongan berterusan, kami akan memastikan matlamat PCDS 2030 dapat dicapai, dan Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju dan berpendapatan tinggi,” katanya berucap pada majlis itu.

Karnival yang diadakan selama dua hari, berakhir hari ini melibatkan 15 kampung sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.4 Pantai Damai.

Pelbagai aktiviti menarik termasuk sukan bola tampar, dat, karom dan pertandingan lain diadakan untuk menggalakkan penyertaan aktif daripada penduduk kampung.

Pemenang bagi setiap kategori pertandingan menerima hadiah wang tunai dan hamper, sementara kemuncak majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung.

Kejayaan Karnival Gemilang Damai V ini menggambarkan semangat kerjasama erat antara komuniti dan pihak berkuasa tempatan dalam memperkukuhkan lagi perpaduan di Sarawak.

Oleh NOOR IKMAL

Continue Reading

Previous: Pesta Meradong dijenamakan semula
Next: Warga emas hilang sejak Rabu lalu, ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.