Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kira-kira 200 delegasi Singapura bakal sertai forum perniagaan 19 – 23 September di Miri
  • WILAYAH

Kira-kira 200 delegasi Singapura bakal sertai forum perniagaan 19 – 23 September di Miri

Utusan Sarawak 11 months ago
DATUK Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang pada sidang media Forum Rangkaian Perniagaan Sarawak-Singapura bertempat di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri, kelmarin.

MIRI: Forum Rangkaian Perniagaan Sarawak-Singapura yang bakal berlangsung pada 19 hingga 23 September depan bertujuan meningkatkan kerjasama ekonomi dan sektor perdagangan.

Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang berkata, kira-kira 200 delegasi Singapura daripada pelbagai sektor perniagaan bakal menghadiri forum tersebut yang akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu.

“Forum ini menandakan peristiwa penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Miri dan Singapura.

“Ia adalah peluang penting untuk memacu pembangunan ekonomi Miri dan juga seluruh wilayah Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Rangkaian Perniagaan Sarawak-Singapura bertempat di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri, kelmarin.

FORUM Rangkaian Perniagaan Sarawak-Singapura yang bakal berlangsung pada 19 hingga 23 September depan di Bandar Raya Miri.

Jelasnya, forum itu merupakan platform untuk meningkatkan lagi reputasi Bandar Raya Miri.

Oleh itu, beliau percaya dengan forum perniagaan sebegini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, pertukaran inovasi teknologi dan pertumbuhan ekonomi, sekali gus meningkatkan daya hidup ekonomi terutamanya di Miri dan juga Sarawak amnya.

Hadir sama pada sidang media ialah Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri Ling Chiong Sing.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Tunjangi dasar dan polisi mampan bentuk ekosistem TVET inklusif
Next: Operasi Kuda Laut JBPM Zon 6 mulai hari ini sasar 70 premis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.