Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KIR Pulau Bruit, Sarikei terima bungkusan Aidilfitri
  • TEMPATAN

KIR Pulau Bruit, Sarikei terima bungkusan Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 years ago
WAKIL kepada Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab menyerahkan bantuan bungkusan makanan sempena Aidilfi tri kepada penerima.

SARIKEI: Sejumlah 1,870 bungkusan Bantuan Covid-19 Hari Raya Aidilfitri daripada Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Pulau Bruit dan 56 bungkusan di kawasan Sarikei, kelmarin.

Pengagihan bantuan tersebut disalurkan dari Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis.

Bantuan mula diagihkan kepada 316 KIR di Kampung Bruit, 223 KIR di Kampung Tekajong, 315 KIR di Kampung Penipah, 81 KIR di Kampung Salah Kechil, 243 KIR di Kampung Betanak, 107 KIR di Kampung Penibong, 54 KIR di Kampung Penuai, 48 KIR di Kampung Kut, 74 KIR di Kampung Saai, 265 KIR di Kampung Semop, 88 KIR di Kampung Sebako dan 16 KIR di Kampung Sedi.

Turut membantu bagi memastikan kelancaran proses pengagihan bungkusan bantuan sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi ialah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Pemuda dan Wanita PBB Kuala Rajang, exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Semop, Saberkas Bintangor, sukarelawan dan kaunselor-kaunselor di kawasan terlibat.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen, Ir. Yusuf Abd Wahab yang dihubungi Utusan Sarawak kelmarin, beliau berharap bantuan bungkusan makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang sedang membuat persediaan menyambut musim perayaan.

“Pengagihan bantuan ini melibatkan sejumlah 9,200 KIR di seluruh kawasan Parlimen Tanjong Manis.

“Pengagihan bantuan sempena perayaan Hari Gawai bermula pada 27 Mei (Rabu) dan di jangka siap diagihkan pada 30 Mei (Sabtu),” katanya.

Tambahnya, bantuan bungkusan makanan terdiri dari Kek Lapis Sarawak, minuman kotak, kacang ‘cornflakes’, kuih gunting dan kacang botak.

Continue Reading

Previous: JBPM bantu tangkap ular tedung
Next: Enam dicekup dalam operasi pencegahan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.