Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kilang buat alat besi terbakar
  • KEBAKARAN

Kilang buat alat besi terbakar

Utusan Sarawak 6 months ago

PASUKAN BOMBA....Menjalankan operasi pemadaman kilang membuat peralatan besi di Jalan Maling, petang semalam.

SIBU: Sebuah kilang membuat peralatan besi terbakar dalam kejadian di Jalan Maling, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.20 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian, mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan kilang membuat peralatan besi. Kebakaran telah marak ke keseluruhan kawasan kilang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan pagi ini.

Katanya, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan air dari sumber terbuka (parit) sehingga selesai operasi.

“Kebakaran menyebabkan kemusnahan lebih kurang 80 peratus, tiada melibatkan mangsa,” katanya.

Continue Reading

Previous: Kebakaran longgokan sampah kerap berlaku di Sarikei, di tempat sama
Next: Kuarters terbakar, dua guru berjaya selamatkan diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.