Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Khidmat khas hantar bekalan makanan sekitar Kanowit
  • Tengah
  • WILAYAH

Khidmat khas hantar bekalan makanan sekitar Kanowit

Utusan Sarawak 3 months ago
PASUKAN bomba bersama beberapa agensi lain menjalankan khidmat khas menghantar bekalan makanan kepada mangsa terjejas banjir di Kanowit.

KANOWIT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menjalankan khidmat khas menghantar bekalan makanan kepada mangsa terjejas banjir di tiga rumah panjang di sekitar Kanowit, semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi itu bermula pada 10.54 pagi dengan penglibatan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit serta agensi lain.

“Pasukan kami telah menghantar 93 pek makanan seberat 930 kilogram kepada penduduk di tiga rumah panjang iaitu Rumah Ricky di Teluk Legam, Rumah Jelani di Nanga Lesih dan Rumah Adau di Nanga Bunut.

“Penghantaran dilakukan menggunakan tiga bot kerana laluan darat masih terputus akibat banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi turut disertai Polis Marin yang menyediakan bot, selain satu bot fiber milik penduduk kampung.

“Agensi lain yang terlibat termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan satu lori, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan satu lori, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan.

“Hadir sama menyertai operasi ialah ADUN Machan, Allan Siden Gramong dan Ketua Polis Daerah (KPD) Kanowit, DSP Dennis Bunyam,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa kawasan di Beluru terjejas banjir
Next: Percepatkan projek naik taraf sistem perparitan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.