Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Keunikan budaya Sarawak serikan Jamuan Teh Hari Keputeraan Agong ke-17
  • SEMASA

Keunikan budaya Sarawak serikan Jamuan Teh Hari Keputeraan Agong ke-17

Utusan Sarawak 16 hours ago
MEMOTONG KEK…Tun Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah bersama Abang Johari memotong kek sambil disaksikan tetamu kenamaan lain. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG: Majlis Jamuan Teh sempena Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025 berlangsung dalam suasana penuh adat selain mempamerkan keunikan pelbagai kaum di Dewan Suarah Limbang, hari ini.

Ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebelum memasuki dewan utama, tetamu kehormat telah dibawa melawat Pameran Raja Kita, pameran khas yang mengetengahkan sejarah dan peranan institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Pameran yang diadakan dari 12 hingga 15 Jun ini turut menyajikan pelbagai aktiviti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan set makanan lengkap, pertandingan mewarna, Limbang Talent 2025, Jejak Dirgahayu, zumba serta pelbagai aktiviti komuniti yang menarik.

Majlis ini turut menjadi lambang kesetiaan rakyat kepada institusi diraja serta berfungsi sebagai platform untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

CENDERAMATA MASYARAKAT…Temenggung Willie Marum (empat kiri) menyerahkan cenderamata kenangan kepada Tun Wan Junaidi (enam kiri) dan isteri Toh Puan Fauziah (tujuh kiri), disaksikan Abang Johari (lima kiri) serta tetamu kenamaan lain. Foto: Adeng Edrus

Seterusnya, acara rasmi Majlis Jamuan Teh di Dewan Suarah dimulakan dengan persembahan selamat datang bertajuk ‘Harmoni Dirgahayu’ sempena ketibaan tetamu kenamaan, disusuli dengan tayangan video khas ‘Titipan Untuk Tuanku’ sebagai dedikasi istimewa kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kemuncak majlis menyaksikan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik kepada Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17, sebelum tetamu dijemput menikmati jamuan.

Pada majlis itu seramai 100 orang penerima turut menerima sumbangan berjumlah RM100 setiap seorang yang merangkumi pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Am, Bantuan Warga Emas (BWE), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Turut diadakan persembahan kebudayaan menerusi tarian tradisional Rong Sia oleh kaum Lun Bawang, Joget Tempurung mewakili budaya Melayu dan Zapin Sarawak, sekali gus menonjolkan kepelbagaian budaya serta keharmonian rakyat Sarawak dan  persembahan artis jemputan lain.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Menteri bertanggungjawab Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bersama barisan menteri-menteri, wakil rakyat, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat serta lebih 1,000 tetamu jemputan yang memeriahkan sambutan bersejarah ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Institusi pendidikan swasta dikecualikan levi latihan setahun mulai 2026
Next: Tun Wan Junaidi hadiri Majlis Doa Kesyukuran Hari Keputeraan Agong ke-17

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.