Ketupat, rendang sajian tradisi Aidilfitri

Facebook
WhatsApp

MAKAN-MAKAN… Tetamu bertandang meraikan Ramah Tamah Aidilfi tri ke Kampung Narum dengan pelbagai
juadah dihidangkan.

Sudah menjadi lumrah kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya atau Ramah Tamah Aidilfitri.

Seperti biasa setiap kali menghadiri rumah terbuka pasti ada hidangan dan sajian tertentu yang sering dicari oleh tetamu yang datang bertandang.

Hari Raya / Ramah Tamah Aidilfitri bagaikan tidak lengkap tanpa hidangan kegemaran ramai.

Terdapat pelbagai makanan istimewa yang khusus untuk Hari Raya selain kuih- muih pelbagai bentuk dan rasa.

Hidangan tradisi ketupat bagaikan satu kewajipan di Hari Raya sehinggakan sarung ketupat yang kosong juga dianggap ikonik dan digunakan sebagai hiasan Aidilfitri.

Terdapat beberapa jenis ketupat seperti ketupat nasi, ketupat palas selain telupis pulut antara hidangan dimestikan untuk tetamu yang berkunjung.

Juadah terbaik untuk dimakan bersama ketupat atau telupis tentunya rendang ayam atau rendang daging.

Hidangan rendang dan daging lembu juga pilihan popular ketika menyambut Hari Raya atau meraikan Ramah Tamah Aidilfitri.

Sementara itu, makanan wajib semasa Hari Raya pastinya lemang, menu yang paling sesuai dinikmati bersama rendang.

Sate adalah hidangan yang amat versatil di mana sate mudah didapati di rumah terbuka sepanjang sambutan Hari Raya.

Kesemua juadah Hari Raya ini semestinya amat menyelerakan terutama selepas sebulan berpuasa.

Oleh JIKU JUGUONG

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan