Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ketua Pemuda SUPP Batu Kitang sangkal dakwaan Soo Tien Ren kaitan ADUN dengan individu SOSMA
  • TEMPATAN

Ketua Pemuda SUPP Batu Kitang sangkal dakwaan Soo Tien Ren kaitan ADUN dengan individu SOSMA

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kitang merangkap ahli majlis, Alvin Chong.

KUCHING: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kitang merangkap ahli majlis, Alvin Chong menyangkal dakwaan yang dibangkitkan Timbalan Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak, Soo Tien Ren berhubung kaitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang dengan seorang individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan haram.

Menurut Alvin, DAPSY tidak seharusnya berselindung di sebalik alasan moral atau mendakwa kononnya isu tersebut dibangkitkan demi melindungi reputasi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebaliknya ia hanyalah serangan politik menjelang pilihan raya.

“Rakyat Sarawak cukup bijak untuk melihat apabila sesetengah ahli politik tiba-tiba menjadi ‘prihatin’ hanya apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa individu yang diperkatakan itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rasmi Dato Ir Lo Khere Chiang.

Katanya, individu terbabit hanya menghadiri acara komuniti, program kebajikan dan majlis awam seperti orang ramai lain daripada pelbagai latar belakang serta fahaman politik.

“Mereka juga menghadiri program yang dianjurkan oleh wakil rakyat lain,” katanya.

Alvin berkata ketika individu tersebut mula tampil membantu dalam aktiviti komuniti, tiada pertuduhan jenayah, dakwaan awam atau isu yang diketahui umum melibatkan mereka.

“Seperti ramai yang lain, mereka menawarkan bantuan, tajaan, tenaga kerja dan sumbangan untuk program yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Dato Ir Lo Khere Chiang menerima bantuan tersebut dengan niat baik sebagaimana dilakukan wakil rakyat daripada pelbagai parti setiap hari,” katanya.

Bagaimanapun, Alvin berkata susulan publisiti negatif dan prosiding mahkamah yang sedang berjalan, tiada lagi bantuan atau hubungan akan diterima oleh Dato Ir Lo Khere Chiang daripada individu terbabit.

“Itulah tindakan yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata rakyat Sarawak bersikap adil dan mampu melihat serangan politik sedemikian, terutama apabila terdapat pihak tertentu yang semakin terdesak untuk kekal relevan menjelang pilihan raya.

Alvin turut mempertahankan rekod perkhidmatan Dato Ir Lo Khere Chiang dengan menyatakan bahawa wakil rakyat Batu Kitang itu telah lama memberi tumpuan kepada perkhidmatan rakyat dan pembangunan infrastruktur.

“Dato Ir Lo Khere Chiang telah bertahun-tahun memberi tumpuan kepada perkhidmatan, penyelesaian kejuruteraan, mitigasi banjir, jalan raya, longkang, sekolah serta membantu rakyat dalam masalah harian mereka.

“Apabila pihak lain sibuk mencari kesalahan dan mencipta kemarahan awam, beliau terus menjalankan kerja sebenar di lapangan,” ujarnya.

Tambah beliau, Sarawak memerlukan politik matang dan bukannya budaya memalukan individu serta serangan karakter demi meraih tajuk berita.

“Jangan kita galakkan politik longkang yang memecah-belahkan rakyat daripada menyelesaikan masalah,” katanya.

Terdahulu, Soo Tien Ren dilaporkan berkata pembelaan Dato Ir Lo Khere Chiang berhubung kaitannya dengan individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan haram adalah mengecewakan dan menghina kebijaksanaan rakyat Sarawak.

Menurut beliau, isu tersebut bukan sekadar gambar rawak tetapi melibatkan individu yang kini didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap pertimbangan, tapisan dan hubungan pemimpin awam.

Soo berkata wakil rakyat mempunyai tanggungjawab etika untuk bersikap telus dan bertanggungjawab kepada rakyat serta menegaskan bahawa kepimpinan memerlukan kebijaksanaan dalam memilih hubungan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus perkasa pembangunan pedalaman Bario dan Ulu Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.