Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketua Nasa janji bawa bola sepak ke bulan jika AS menang Piala Dunia
  • GLOBAL

Ketua Nasa janji bawa bola sepak ke bulan jika AS menang Piala Dunia

Utusan Sarawak 3 hours ago
NASA sedia bawa bola sepak ke bulan jika AS muncul juara.

NEW YORK: Pentadbir NASA berjanji untuk membawa bola sepak ke bulan jika Amerika Syarikat (AS) memenangi Piala Dunia tahun ini yang dianjurkan mereka bersama Mexico dan Kanada, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Kami akan membawa bola sepak ke sana,” kata Jared Isaacman dalam sidang akhbar pada Selasa.

“Jadi, sedikit motivasi untuk AS di sini tentang hal itu. Itulah cabarannya, okey, jadi pasukan AS, laksanakan tugas.”

Pasukan berkenaan mara ke pusingan 32 sebagai pemenang Kumpulan D dan akan menentang Bosnia dan Herzegovina untuk tempat ke pusingan 16 terakhir.

AS tidak pernah memenangi Piala Dunia lelaki dalam sejarah mereka manakala pasukan wanita telah empat kali muncul sebagai juara. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 dron dikesan sejak Piala Dunia bermula – FBI
Next: Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar Qinghai, di barat laut China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.