Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketua Anthropic gesa kerajaan diberi kuasa henti sistem AI berisiko
  • GLOBAL

Ketua Anthropic gesa kerajaan diberi kuasa henti sistem AI berisiko

Utusan Sarawak 2 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif AI, Anthropic Dario Amodei.

SAN JOSE: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kecerdasan buatan (AI) Anthropic Dario Amodei, menggesa kerajaan diberikan kuasa untuk menghentikan sistem AI yang berbahaya, dengan menyatakan model AI berkuasa tinggi perlu tertakluk kepada pengawasan berasaskan risiko, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dario Amodei dalam satu hantaran blog yang diterbitkan semalam berkata sistem AI yang canggih harus dinilai untuk risiko termasuk ancaman keselamatan siber, penyalahgunaan senjata biologi, dan potensi kehilangan kawalan terhadap sistem berkenaan, termasuk melalui penambahbaikan kendiri secara automatik yang boleh memburukkan lagi risiko sedemikian. 

Penilaian sedemikian boleh dijalankan oleh sebuah badan kerajaan yang berfungsi seperti pengawal selia penerbangan atau oleh juruaudit swasta yang dilantik kerajaan, katanya.

Anthropic sejak sekian lama menyokong peraturan yang lebih ketat terhadap industri AI dan menerima kritikan daripada sebahagian pihak dalam sektor itu serta daripada Rumah Putih berhubung pendiriannya.

Syarikat itu, yang merupakan pesaing utama kepada pembangun ChatGPT iaitu OpenAI, baru-baru ini menarik perhatian dengan model yang mampu mengenal pasti kerentanan lama dalam perisian yang digunakan secara meluas, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa AI boleh digunakan untuk membolehkan serangan siber berskala besar. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 8 juta yen dilarikan dalam kejadian samun jalanan di Tokyo, 2 suspek diburu
Next: Pendaki cedera parah terselamat selepas harungi malam bersuhu beku di Alps, Austria

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.