Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ketidakseimbangan pasaran kerja Sri Aman, Betong perlu ditangani segera
  • TEMPATAN

Ketidakseimbangan pasaran kerja Sri Aman, Betong perlu ditangani segera

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Sistem Pesanan Kerjaya (SPEAK): Talent Bridge 2030 yang diadakan, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Isu ketidakseimbangan pasaran buruh di Bahagian Sri Aman dan Betong kini berada pada tahap membimbangkan apabila jumlah kekosongan jawatan jauh mengatasi bilangan pencari kerja di kedua-dua bahagian tersebut.

​Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn mendedahkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menunjukkan Sri Aman merekodkan 279 kekosongan berbanding hanya 118 pencari kerja, manakala Betong mencatatkan 457 kekosongan berbanding 418 pencari kerja.

“​Jurang ketidakpadanan ini perlu ditangani dengan kadar segera bagi memastikan pembangunan ekonomi Sarawak kekal mampan serta mencapai aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“​Situasi kritikal ini menuntut pendekatan yang lebih berstruktur dan dipacu oleh industri bagi memastikan tenaga kerja tempatan dilengkapi dengan kemahiran yang menepati kehendak pasaran semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Program Sistem Pesanan Kerjaya (SPEAK): Talent Bridge 2030 yang diadakan dekat sini semalam.

DATO Sri Roland Sagah Wee Inn semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Sistem Pesanan Kerjaya (SPEAK): Talent Bridge 2030 yang diadakan, semalam. Foto: ADUN Simanggang

Sagah berkata, ​Sarawak kini baru mencapai sekitar 26 peratus daripada sasaran pendapatan isi rumah penengah sebanyak RM15,047 sebulan di bawah PCDS 2030, sekaligus memperlihatkan keperluan mendesak untuk memperkasakan usaha pembangunan bakat.

“​Bagi merapatkan jurang antara pendidikan dan pekerjaan, program Sistem Pesanan Kerjaya (SPEAK) Sarawak 2026 diperkenalkan bertujuan membekalkan maklumat pasaran buruh yang tepat kepada guru bimbingan dan kaunseling demi membantu pelajar membuat keputusan kerjaya yang betul.

“​Langkah ini juga selaras dengan sasaran Sarawak untuk mencapai tahap sara diri 100 peratus dalam pengeluaran beras menjelang 2030, di mana Simanggang dan Betong telah dipilih sebagai kawasan rintisan bagi pertanian moden berasaskan teknologi,” katanya.

​Bagi menyokong agenda besar ini, kolaborasi lebih utuh antara kerajaan, industri, akademia, dan institusi teknikal (GIAT) amat dituntut kerana cabaran tenaga kerja tidak boleh diselesaikan secara bersendirian tanpa komitmen kolektif semua pihak.

​Program SPEAK ini turut menarik penyertaan 15 agensi yang menyediakan pendedahan kerjaya, manakala majlis penutupan dihadiri oleh Timbalan Menteri, Datuk Francis Harden Hollis serta barisan pengurusan tertinggi kementerian dan ketua masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pertahan hak Sarawak berlandaskan MA63, rakyat diseru terus bersatu
Next: Biodiversiti Sarawak pemangkin pembangunan ubat tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.