
KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka membuat keputusan sama ada Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, bersalah atau sebaliknya terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, July 28 -- Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (right) with UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi at the Kuala Lumpur Court Complex today. High Court Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali is expected to deliver his verdict on seven charges of misappropriating RM42 million SRC International Sdn Bhd fund faced by the Pekan Member of Parliament. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan semalam adalah semata-mata beliau teramat mempercayai orang.
Peguam Utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Najib, 67, bagaimanapun sanggup dipersalahkan kerana kesalahan beliau dalam mempercayai orang yang seharusnya menguruskan syarikat berkenaan – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd.
“Dalam keadaan tertentu, percayanya keterlaluan,” kata Muhammad Shafee.
Najib didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) pengubahan wang haram, dan menyalahgunakan kedudukannya, melibatkan wang RM42 juta dalam dana SRC International Sdn Bhd.
Peguam itu menambah anak guamnya telah melalui pelbagai bentuk hukuman, apabila beliau didakwa di sekurang-kurangnya empat mahkamah, sebagai tambahan diburu oleh jabatan cukai (Lembaga Hasil Dalam Negeri).
“(Tuntutan) wang dalam jumlah yang terlalu besar hingga tidak masuk akal dikenakan terhadapnya sebagai tunggakan cukai, atau pendapatan yang dikenakan cukai, sehingga RM1.69 bilion – jumlah yang amat mengejutkan bagi seorang individu,” katanya dan merayu supaya hukuman dijalankan serentak.
Muhammad Shafee dalam hujah mitigasi turut menceritakan perjalanan politik Najib di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebelum hakim berkenaan menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu, selepas dia didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan.
“Najib merupakan Menteri Besar yang paling muda dalam negara pernah dilantik ke jawatan itu, semasa umurnya 29 tahun, dan pernah menerajui beberapa kementerian sepanjang perjalanan politiknya, di samping menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun,” katanya.