Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes saman cukai pendapatan Ku Nan selesai
  • NASIONAL

Kes saman cukai pendapatan Ku Nan selesai

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini berhubung kes saman yang difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika hadir di Mahkamah Tinggi semalam berhubung kes saman yang difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung  cukai  pendapatan  berjumlah RM57.17 juta  yang tidak dibayar  bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sejak 2012 sehingga 2017 telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Peguam S. Saravana Kumar, yang mewakili Tengku Adnan, bagaimanapun tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian termasuk jumlah yang perlu dibayar  Ahli Parlimen Putrajaya  itu kepada LHDN.

“Kedua-dua pihak telah menyelesaikan perkara itu secara baik,” katanya kepada pemberita selepas prosiding penyelesaian dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

Prosiding itu turut dihadiri Peguam  Kanan  Hasil Norhisham Ahmad  dan  Al-Hummidallah Idrus  serta  Timbalan Penguam Cara  Hasil Dr Hazlina Hussain bagi  pihak LHDN.

Saravana Kumar juga berkata, mahkamah kemudian merekodkan penghakiman  persetujuan bagi penyelesaian itu.

Pada 2 September lepas, kedua-dua pihak memaklumkan Azimah bahawa mereka dalam proses menyelesaikan kes saman itu.

Azimah telah memberikan tempoh selama dua minggu kepada kedua-dua pihak membincangkan penyelesaian itu dan berkata jika tidak ada penyelesaian pada 23 September, mahkamah akan meneruskan pendengaran permohonan bagi penghakiman terus LHDN serta permohonan Tengku Adnan untuk menggantung prosiding.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.

Dengan penyelesaian itu, kedua-dua permohonan tidak akan didengar oleh mahkamah.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman itu pada 24 Julai tahun lepas setelah mendakwa Tengku Adnan selaku defendan masih terhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

LHDN, dalam tuntutannya, mendakwa sehingga kini Ahli Parlimen Putrajaya itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tolak tindakan jejas kestabilan politik – Muhyiddin
Next: 14,467 program IOW sejak awal 2020

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.