Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kes rabies terus meningkat, dua lagi kes baharu dikesan libatkan anjing dilepas bebas
  • KESIHATAN

Kes rabies terus meningkat, dua lagi kes baharu dikesan libatkan anjing dilepas bebas

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAKLUMAN kes rabies.

KUCHING: Penularan Rabies di Sarawak menunjukkan peningkatan apabila dua lagi kes baharu dikesan di sini, menjadikan keseluruhan kes tahun ini kini mencecah 14.

Kes berkenaan dikenal pasti hasil saringan terhadap 41 sampel haiwan peliharaan yang dijalankan sepanjang tempoh 27 April hingga 1 Mei lalu.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, satu kes melibatkan anjing peliharaan yang dilepas bebas dikesan di Sungai Tengah Kolong 2.

Sementara itu, satu lagi kes dilaporkan di Kampung Sungai Atas Singai, Bau, membabitkan kejadian gigitan anjing peliharaan yang juga tidak dikawal pemiliknya.

Sejak wabak rabies diisytiharkan di negeri ini pada Julai 2017, sebanyak 93 kes jangkitan manusia telah direkodkan dengan 86 daripadanya berakhir dengan kematian.

Daripada jumlah itu, hanya tujuh mangsa dilaporkan terselamat, namun kebanyakannya mengalami kesan komplikasi pada sistem saraf.

Bagi tahun ini sahaja, sehingga April, tiga kes kematian akibat rabies telah direkodkan di Sarawak.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen 2026 ubah persepsi lelaki terhadap kepentingan saringan kesihatan awal
Next: Kesedaran kesihatan lelaki meningkat melalui Sari-Creen 2026 di Hospital Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.