Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes pelaburan RM1.1 bilion: Rafizi hadir beri keterangan kepada SPRM
  • NASIONAL

Kes pelaburan RM1.1 bilion: Rafizi hadir beri keterangan kepada SPRM

Utusan Sarawak 3 hours ago
BEKAS Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bercakap kepada pemberita semasa hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menyambung keterangan berhubung siasatan kes melibatkan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menyambung keterangan berhubung siasatan kes melibatkan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion.

Rafizi tiba pada 9.50 pagi bersama-sama barisan peguam berkata akan menyerahkan dokumen bukti tambahan 28 halaman kepada pegawai penyiasat SPRM bagi membantu siasatan itu. 

“Selepas keterangan saya pada hari ini (diharap) ia dapat membantu SPRM menentukan lagi hala tuju siasatan,” katanya kepada pemberita sebelum masuk ke pejabat SPRM. 

Sebelum ini, Rafizi dipanggil memberi keterangan selama empat hari bagi membantu siasatan kes pelaburan melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dengan Arm Holdings dari United Kingdom.

Setakat ini, 22 saksi telah dipanggil termasuk penganalisis politik Chai Jin Shern atau James Chai bagi membantu siasatan dengan dua lagi akan dipanggil melibatkan masing-masing seorang di Taiwan dan di Malaysia.

SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari susulan aduan daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kewangan kepada kerajaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Rafizi berkata proses tersebut yang mengambil masa kira-kira dua jam berjalan lancar dan beliau berterima kasih kepada pegawai penyiasat SPRM yang mengesahkan penerimaan dokumen serta bahan bukti diserahkannya. 

“Saya harap ini membolehkan kertas siasatan dimuktamadkan sepenuhnya dan siasatan boleh dijalankan, mengambil kira saksi atau individu lain yang juga perlu diambil keterangan,” katanya kepada media selepas proses itu selesai. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu bermula 16 Jun
Next: Industri spa, PKU dan urutan Malaysia diingat tidak langgar dasar, syarat ditetapkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.