Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes jenayah komersial meningkat
  • NASIONAL

Kes jenayah komersial meningkat

Utusan Sarawak 4 years ago

SUNGAI PETANI, 12 April -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob (kanan) diiringi Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah (kiri) melawat bangunan pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

LAWATAN… Datuk Zainuddin Yaacob (kanan) diiringi ACP Adzli Abu Shah (kiri) melawat bangunan pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani semalam. • Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI: Jumlah kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu, walaupun indeks jenayah di seluruh negara mencatatkan penurunan sebanyak 36 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, jumlah kes jenayah komersial didapati meningkat sejak 2018, iaitu daripada 24,262 kepada 26,465 kes (2019) dan 27,323 kes (2020).

“Ini kerana jenayah komersial tidak perlu bersemuka, contohnya scam dan penipuan pinjaman yang boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara dalam talian, mungkin pemanggil berada di Kuala Lumpur (sebagai contoh) dan membuat panggilan ke Johor Bahru untuk menipu mangsa di sana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, semalam.

Menurutnya lagi pada 2018, sebanyak 13,645 tangkapan dan 7,927 pertuduhan telah dibuat membabitkan jenayah komersial di negara ini.

“Jumlah tersebut meningkat kepada 13,835 tangkapan dan 9,875 pertuduhan pada 2019, dan 15,440 tangkapan dan 10,097 pertuduhan pada 2020, manakala bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 4,196 tangkapan dan 2,372 pertuduhan telah dibuat,” katanya.

Zainuddin berkata, jumlah kes jenayah komersial yang membabitkan ‘scammer’, juga dilaporkan meningkat daripada 13,568 kes pada 2018 kepada 14,425 kes (2019) dan sebanyak 17,553 kes (2020).

“Kategori kes ‘scammer’ termasuklah e-dagang, pinjaman pelaburan tidak wujud, tipu tanah, ‘Bussiness Email Compromised’, tipu bomoh, tipu Toto, penipuan SMS (sistem pesanan ringkas), penipuan kad kredit, cabutan bertuah dan penyamaran.

“Tiga negeri ‘panas’ yang mencatatkan kes tertinggi ialah Selangor, Johor dan Kuala Lumpur, manakala jumlah kes ‘scammer’ di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini ialah sebanyak 5,078 kes,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Agong mahu usaha lawan Covid-19 diutamakan
Next: Perluas perkhidmatan pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.