Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kes denggi nasional melepasi 40,000, Sarawak turut meningkat
  • KESIHATAN

Kes denggi nasional melepasi 40,000, Sarawak turut meningkat

Utusan Sarawak 7 hours ago
SARAWAK antara negeri yang merekodkan peningkatan kes demam denggi tahun ini, susulan lonjakan kes di seluruh negara kepada 42,848 kes setakat Rabu lepas.

PUTRAJAYA: Kes denggi di seluruh negara meningkat 34.8 peratus kepada 42,848 kes setakat semalam, berbanding 31,790 kes bagi tempoh sama pada 2025.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kematian akibat demam denggi meningkat 78.9 peratus kepada 34 kematian berbanding 19 kematian direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, analisis epidemiologi menunjukkan hampir dua pertiga atau 63.5 peratus daripada keseluruhan kes demam denggi di Malaysia tertumpu di Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Selangor merekodkan 19,313 kes, meningkat 43.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 7,909 kes, meningkat 83.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Peningkatan kes turut direkodkan di Johor, Sabah, Negeri Sembilan, Perak, Sarawak, Perlis, Terengganu, dan Labuan. 

“Keadaan ini menunjukkan Lembah Klang kekal sebagai kawasan tumpuan utama penularan demam denggi dan memerlukan pelaksanaan langkah kawalan yang lebih intensif serta bersepadu.

“Walaupun beberapa negeri menunjukkan penurunan kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, keadaan ini tidak seharusnya menimbulkan rasa selesa,” menurut kenyataan itu.

KKM menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuh usaha pencegahan denggi dengan memastikan persekitaran sentiasa bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes, melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala serta mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya mengalami gejala demam denggi.

Kenyataan itu turut memaklumkan KKM akan terus memantau situasi demam denggi secara rapi dan mempergiatkan langkah pencegahan serta kawalan bagi mengurangkan penularan penyakit, mencegah komplikasi dan kematian, serta melindungi kesihatan rakyat. – Bernama

Continue Reading

Previous: MBKS, BMC sedia saringan kesihatan percuma untuk komuniti Bintawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.