Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes budak lelaki meninggal dunia dalam kereta dirujuk ke Jabatan Forensik
  • JENAYAH

Kes budak lelaki meninggal dunia dalam kereta dirujuk ke Jabatan Forensik

Utusan Sarawak 4 months ago
KETUA Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Jaimi Husin

KOTA SAMARAHAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun 10 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta bapanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Jaimi Husin berkata, pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada 4.41 petang.

“Beliau melaporkan bahawa anaknya tidak sedarkan diri dan segera membawanya ke Klinik Kesihatan Kota Samarahan untuk pemeriksaan.

“Petugas perubatan telah berusaha menyelamatkan mangsa melalui bantuan pernafasan (CPR) namun gagal. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kes ini telah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Dua kertas siasatan telah dibuka bagi kes ini, iaitu satu untuk kes kematian mengejut dan satu lagi di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Niat ‘wakil kerajaan’ peroleh RM150,000 gagal setelah pemilik kedai rujuk MTPN    
Next: Op Lusuh: Polis tahan dua lelaki mencurigakan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.