Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerosakan akibat banjir besar di Bintulu dinilai secara menyeluruh – Abang Johari
  • TEMPATAN

Kerosakan akibat banjir besar di Bintulu dinilai secara menyeluruh – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 months ago

Noel menyerahkan sumbangan RM600,000 SHEDA Bintulu kepada Nyurak sambil disaksikan Abang Johari  pada Majlis Jamuan Bersama Rakyat anjuran ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, dan Parti SUPP Cawangan Bintulu di Restoran Dinner World di Bintulu hari ini. Foto UKAS

BINTULU: Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Bahagian Bintulu (JPBB) untuk menjalankan penilaian menyeluruh terhadap kerosakan yang disebabkan banjir besar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penilaian ini penting untuk menilai dengan tepat tahap kerosakan yang berlaku dan menentukan keperluan sebenar penduduk yang terjejas, termasuk rumah, infrastruktur, serta sektor pertanian.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan bantuan dan pemulihan dapat disalurkan dengan berkesan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 

“Banjir luar biasa yang melanda Sarawak baru-baru ini menyebabkan kerosakan besar di beberapa daerah termasuk Bintulu, Kuching, Serian, dan Lawas.

“Hujan dilaporkan mencecah 900 milimeter dalam sebulan telah mengakibatkan banyak rumah dan kebun musnah, sekali gus menjejaskan premis perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Bersama Rakyat anjuran ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu di Restoran Dinner World di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Abang Johari turut mengingatkan bahawa usaha pemulihan kehidupan rakyat dan kestabilan ekonomi tempatan akan diberi tumpuan sebaik sahaja keadaan kembali pulih. 

“Kerjasama semua pihak sangat dihargai dan kita akan terus bekerjasama bagi memastikan keadaan kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Pada majlis sama, Premier Sarawak menyaksikan penyerahan simbolik sumbangan RM100,000 daripada ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming kepada Pengerusi JPBB, Datuk Nyurak Keti. 

Turut diserahkan adalah sumbangan RM600,000 daripada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Bintulu yang disampaikan oleh Pengerusi SHEDA Bintulu, merangkap Timbalan Pengerusi SHEDA Sarawak, Noel Yek.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: PPS Kuching ditutup sepenuhnya
Next: ADUN Tanjong Batu sumbang RM100,000 bantu mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.