PPS Kuching ditutup sepenuhnya

Facebook
WhatsApp
PETUGAS melakukan pembersihan di PPS Dewan Haji Kamaruddin selepas pusat pemindahan itu ditutup pada 3.00 petang.

KUCHING: Situasi banjir di Daerah Kuching semakin pulih dengan kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah ditutup sepenuhnya.

Menurut laporan terkini yang dikemaskini pada 4.00 petang hari ini, PPS Dewan Haji Kamaruddin, Kampung Segedup dan PPS SK Sejijak telah ditutup pada jam 3.00 petang selepas semua mangsa yang ditempatkan di pusat berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Penutupan PPS ini menandakan keadaan banjir di Daerah Kuching semakin baik, dengan paras air dilaporkan semakin surut dan cuaca bertambah baik.

Pihak berkuasa terus menjalankan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk serta menyalurkan bantuan pasca banjir kepada mereka yang terjejas.

Oleh Amanda L.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang