Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerjasama strategik Bintulu Port Holdings, Abu Dhabi Ports Group perkukuh, tingkatkan jaringan ekonomi Sarawak
  • BISNES

Kerjasama strategik Bintulu Port Holdings, Abu Dhabi Ports Group perkukuh, tingkatkan jaringan ekonomi Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
“KERJASAMA antara kedua-dua agensi tersebut berpotensi meningkatkan kapasiti Pelabuhan Samalaju melalui jaringan yang menghubungkan pelabuhan Abu Dhabi dan Sarawak, khususnya Bintulu.” – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg FotoUKAS

ABU DHABI: Kerjasama strategik antara Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan Abu Dhabi Ports Group akan memperkukuhkan jaringan global ke kawasan Asia Pasifik, memberi impak positif kepada ekonomi Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerjasama antara kedua-dua agensi tersebut berpotensi meningkatkan kapasiti Pelabuhan Samalaju melalui jaringan yang menghubungkan pelabuhan Abu Dhabi dan Sarawak, khususnya Bintulu.

“Menerusi kerjasama ini, Pelabuhan Abu Dhabi, yang terletak di tengah-tengah laluan maritim antara Afrika dan Eropah, akan secara langsung mewujudkan jaringan ke kawasan Asia Pasifik.

“Dengan hubungan ini, kami percaya Sarawak boleh memainkan peranan penting melalui kerjasama ekonomi yang erat antara pelabuhan Abu Dhabi dan pelabuhan kami di Sarawak,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara BPHB dan Abu Dhabi Ports Group di Pelabuhan Khalifa.

Abang Johari juga yakin bahawa kerjasama ini akan menjadikan Pelabuhan Bintulu lebih kompetitif, memandangkan Sarawak mempunyai kelebihan dari segi kedudukan strategik dalam pasaran Asia Pasifik.

Hadir sama dalam acara tersebut adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali.

Turut sama, Setiausaha Kewangan Sarawa Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu merangkap Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Azizul Annuar Adenan, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Sarawak yang lain.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Next: Sarawak jadikan model Abu Dhabi rujukan pembangunan pelabuhan, lapangan terbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.