Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama Sarawak-OIES pacu penyelidikan, dasar tenaga rendah karbon
  • SEMASA

Kerjasama Sarawak-OIES pacu penyelidikan, dasar tenaga rendah karbon

Utusan Sarawak 3 days ago
DELEGASI Sarawak dalam lawatan ke Oxford, United Kingdom (UK) untuk menjalin kerjasama strategik bersama OIES. Foto UKAS

OXFORD: Sarawak melakar satu lagi pencapaian penting dalam agenda tenaga mampan dengan menjalin kerjasama strategik bersama Institut Kajian Tenaga Oxford (OIES) bagi memperkukuh penyelidikan dan dasar tenaga lestari di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abg Hipni berkata kerjasama itu bakal mempercepat usaha Sarawak menuju masa depan rendah karbon yang mampan menerusi pemindahan ilmu, penyelidikan bersama dan pembangunan kapasiti.

“Kerjasama ini akan memperkukuh aspirasi Sarawak dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pengurusan karbon dan peralihan tenaga, seterusnya meletakkan negeri ini sebagai peneraju inovasi tenaga bersih di rantau Asia Tenggara.

“Kelebihan sumber asli Sarawak serta inisiatif berani negeri dalam tenaga hidro, tenaga solar, dan penghasilan hidrogen hijau sedang giat dipelopori,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, OIES turut menawarkan kolaborasi dalam program penyelidikan dan biasiswa khusus melibatkan pengurusan karbon, perdagangan karbon, serta penggubalan dasar berkaitan. 

Perkara tersebut sejajar dengan usaha Sarawak yang sedang membangunkan kerangka regulatori dan menyertai pasaran perdagangan karbon secara aktif.

OIES yang memiliki kepakaran global dalam penyelidikan dasar tenaga turut menjalankan program pengurusan karbon berasaskan penyelesaian semula jadi yang selari dengan keluasan hutan Sarawak yang meliputi 62 peratus daripada keseluruhan tanah negeri serta stok karbon dianggarkan sekitar 1 bilion tan.

Sarawak juga dijemput menyertai acara anjuran OIES seperti Hari Gas dan Hidrogen bagi memperkukuh negeri dalam arena tenaga mampan global.

Kerjasama itu dijangka memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai pemain utama dalam pengurusan karbon dan peralihan tenaga di rantau ini, selain mengangkat nama Sarawak dipersada global dalam usaha mengekang perubahan iklim dan membangunkan masa depan yang lebih mampan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mengimbangi AI dan Etika tema HAWANA 2025
Next: TH utamakan kebajikan jemaah OKU penglihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.