Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf Taman Rekreasi Bintangor berjalan lancar
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja naik taraf Taman Rekreasi Bintangor berjalan lancar

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing hadir pada mesyuarat berkaitan menaik taraf tapak Taman Rekreasi Bintangor, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Kerja-kerja menaik taraf tapak Taman Rekreasi Bintangor berjalan lancar dan teratur hasil kerjasama erat antara semua agensi terlibat termasuk Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) dan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, beliau berpuas hati dengan perkembangan semasa projek yang dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat.

“Setakat ini saya berasa amat berpuas hati dengan proses pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf Taman Rekreasi Bintangor yang dilihat berjalan dengan lancar dan teratur hasil kerjasama erat antara semua agensi yang terlibat,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat status pelaksanaan projek tersebut, baru-baru ini.

Katanya, mesyuarat itu adalah sebahagian daripada usaha pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan projek pembangunan di kawasan tersebut.

“Perbincangan memberi tumpuan kepada perkembangan semasa projek, kemajuan kerja menaik taraf dan penyelarasan antara semua pihak bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Aspek kualiti pelaksanaan, keselamatan tapak dan keperluan teknikal turut diberi perhatian supaya hasil akhir projek dapat memberikan manfaat optimum kepada masyarakat.

“Projek ini dijangka menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selesa, moden dan selamat kepada penduduk setempat serta menjadi lokasi riadah yang sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.

Koung Hiing turut berharap momentum positif dalam pelaksanaan projek tersebut dapat dikekalkan sehingga siap sepenuhnya, sekali gus memberi nilai tambah kepada pembangunan Daerah Meradong.

Turut hadir Penolong Pegawai RADDA, Nur Fazira Ishak dan Jurutera Awam MDMJ, Nur Hazirah Sadong.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: KCF edisi keempat kembali memeriahkan Kapit bermula 17 hingga 24 Mei ini
Next: Jelajah Aspirasi Bebas Dadah meriahkan Niah, Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.