
BINTULU: Satu notis pemberitahuan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu berhubung penutupan sementara separuh jalan di Jalan Nyabau, melibatkan laluan dari KM5+400 hingga KM9+300, bagi tujuan kerja-kerja membaik
pulih jalan.
Menurut kenyataan tersebut, penutupan ini akan bermula dari 14 April 2026 hingga 30 April ini. Kerja-kerja akan dijalankan dalam dua tempoh masa setiap hari iaitu dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang serta 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam.
Penutupan separuh jalan ini adalah bagi melaksanakan kerja-kerja pengisaran (milling) dan pembinaan semula permukaan jalan sedia ada bagi meningkatkan kualiti serta keselamatan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
Sehubungandengan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut, mematuhi semua papan tanda keselamatan yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja-kerja ini serta keselamatan bersama.
Oleh Faizah Muzidi