Kereta terbalik selepas rempuh kenderaan di Jalan Stephen Yong

Facebook
WhatsApp
KEADAAN sebuah kereta yang terbalik selepas melanggar kenderaan lain di Jalan Stephen Yong, Kuching, pagi ini.

KUCHING: Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki terbalik selepas melanggar sebuah kereta di hadapannya di Jalan Stephen Yong, kira-kira 8.00 pagi.

Menurut saksi, kereta berkenaan dalam perjalanan dari CityMall menuju ke Batu 4 sebelum melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang wanita. Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan wanita berkenaan terdorong ke tengah jalan.

Pemandu lelaki tersebut berjaya merangkak keluar dari kenderaan dan mengalami luka pada kedua-dua belah lengannya serta kecederaan ringan di kepala.

Sementara itu, pemandu wanita hanya mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua pemandu berkenaan, berasal dari Kampung Singai, Bau.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Oleh Connie Chieng

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan