Kereta terbakar di parkir apartmen, tiada kecederaan dilaporkan

Facebook
WhatsApp
MUSNAH…Pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta yang di kawasan parkir sebuah apartmen di Jalan Jinhold Piasau di Miri awal pagi tadi.Foto JBPM Zon Miri.

MIRI: Sebuah kereta jenis Honda Civic sebahagiannya musnah dalam kebakaran yang berlaku di tempat letak kenderaan sebuah apartmen di Jalan Jinhold, Piasau, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu 3.21 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral segera dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar 80 peratus di bahagian hadapan kenderaan.

“Anggota bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula, pam jentera serta sumber air dari tangki jentera,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Oleh Liong Chai Ling