Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta ranap terbakar di parkir
  • KEBAKARAN

Kereta ranap terbakar di parkir

Utusan Sarawak 2 months ago
DETIK CEMAS… Kenderaan yang musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu petang tadi.

BINTULU: Enam kenderaan hangus dijilat api dalam insiden kebakaran di tempat letak kereta sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju, petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju bersama empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan enam kenderaan yang sedang diparkir.

“Anggota bomba bertindak membentang satu aliran sepanjang 600 kaki dengan satu nozel, menggunakan sumber air pili bomba bertekanan tinggi dari kilang tersebut untuk memadam kebakaran,” katanya.

Api berjaya dikawal pada jam 4.55 petang, dan operasi pemadaman sepenuhnya tamat pada jam 5.30 petang setelah pasukan bomba memastikan keadaan benar-benar selamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Pondok enjin jana kuasa musnah terbakar
Next: Ruang kargo MH720 terbakar?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.