Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah terbakar di Sungai Merah
  • KEBAKARAN

Kereta musnah terbakar di Sungai Merah

Utusan Sarawak 4 months ago

Anggota bomba sedang menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran sebuah kereta di Lorong 14B 3, Jalan Ulu Sungai Merah, Sibu tengah malam tadi.

SIBU: Sebuah kereta musnah terbakar di Lorong 14B 3, Jalan Ulu Sungai Merah, di sini tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.10 tengah malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.

“Sampai di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta sedang terbakar 100 peratus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi tamat pada 12.35 tengah malam dan pasukan keluaran operasi (PKO) memasang sawar-sawar untuk tindakan penyiasatan.

Continue Reading

Previous: Kereta Kancil musnah terbakar
Next: Motosikal elektrik terbakar di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.