Motosikal elektrik terbakar di Miri

Facebook
WhatsApp
MUSNAH...Keadaan motosikal elektrik yang terbakar dalam kejadian di Taman Bayshore di Miri.

MIRI: Sebuah motosikal elektrik terbakar dalam kejadian di kawasan parkir sebuah rumah di  Taman Bayshore di sini hari ini.

Kejadian itu disedari pemilik motosikal berkenaan yang kemudian segera menghubungi pihak bomba bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10 pagi sebelum sepasukan bomba digerakkan ke lokasi.

“Setibanya,Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati bateri motor masih berasap walaupun telah dipadam oleh pemilik motosikal elektrik tersebut dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering.

“Setelah membuat pemeriksaan dan pemerhatian, PKO bertindak memadam dengan mengunakan air paip dari rumah pemanggil dan mencabut bateri motosikal tersebut,” katanya.

Henry berkata, motosikal tersebut telah musnah 10 peratus akibat kebakaran.

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam