Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah dalam kebakaran di Matang
  • KEBAKARAN

Kereta musnah dalam kebakaran di Matang

Utusan Sarawak 24 hours ago
SEBUAH kereta jenis Ford Cougar musnah terbakar dalam kejadian di Jalan FAC Matang, Kuching pagi tadi. -Foto JBPM

KUCHING: Sebuah kereta jenis Ford Cougar musnah terbakar dalam kejadian di Jalan FAC Matang, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 11.34 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai oleh PBK II (TBK I) Asmadi Mohammad Nawei kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi pada 11.52 pagi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba bertindak melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos, satu nozel dan air daripada jentera bomba ke pam angkut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.00 tengah hari dan operasi ditamatkan pada 12.16 tengah hari.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Oleh Amanda L.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran ladang rumbia Sebakong terkawal sepenuhnya selepas hujan lebat
Next: Bengkel motosikal terbakar 70 peratus di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.