
MOSCOW: Sebuah kereta api terbabas di Belgorod susulan bukaan sekitar 1.98 meter pada landasan, yang mungkin disebabkan oleh peledakan bahan letupan, kata gabenor wilayah itu, Vyacheslav Gladkov hari ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Berlaku satu kecemasan di Daerah Yakovlevsky. Sebuah kereta api dalam perjalanan di laluan Razumnoe-Tomarovka tergelincir.
“Data awal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada bukaan sekitar dua meter pada trek, yang mungkin disebabkan oleh peledakan bahan letupan,” menurut Gladkov di Telegram.
Pemandu kereta api itu terpaksa menekan brek kecemasan yang menyebabkan separuh daripada kereta itu terbabas, tambah gabenor berkenaan. – Bernama