Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan tidak abai rawatan kepada pesakit lain
  • NASIONAL

Kerajaan tidak abai rawatan kepada pesakit lain

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Dr Noor Azmi Ghazali

BAGAN SERAI: Kerajaan tidak mengabaikan rawatan kepada pesakit  lain, walaupun tumpuan diberikan kepada pesakit Covid-19 yang semakin meningkat pada masa ini, kata  Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Katanya, ini terbukti apabila kerajaan menetapkan 85 peratus katil di hospital di negara ini untuk rawatan pesakit lain dan hanya 15 peratus sahaja katil yang disediakan kepada pesakit Covid-19.

Beliau berkata, ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dan tidak mengabaikan pesakit lain termasuk penyakit denggi, virus Japanese Encephalitis (JE) dan sebagainya.

“Kerajaan memberi rawatan kepada pesakit dengan baik. Kalau ada kes banyak, mereka akan dihantar mendapatkan rawatan di hospital berdekatan termasuk hospital swasta,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Agihan Keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kerian Tahun 2020, di sini semalam.

Pada majlis itu, 178 peserta menerima agihan RM300 setiap seorang berjumlah  RM53,400.

Sementara itu,  Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, setakat ini kerajaan masih belum memutuskan berkaitan penutupan semua sekolah di negara ini, walaupun jumlah kes semakin meningkat.

Sebaliknya, beliau berkata tindakan pengesanan secara aktif akan dilakukan dan kontak rapat akan dikesan selain pelaksanaan nyah kuman di tempat yang dikesan berlaku kes baharu.

“Sesetengah tempat jika ada kes positif Covid-19, ia  akan ditutup  selama dua hingga tiga hari namun sekolah mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sangat ketat dengan melakukan  penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu badan dan tiada aktiviti luar.

“Kalau mereka di asrama, pelajar memang tidak boleh  balik ke rumah  dan kekal di tempat itu kerana lebih selamat,” katanya.

Mengenai ujian  swab di Sabah, Dr Noor Azmi berkata  Kementerian Kesihatan  mempunyai keupayaan membuat 2,000 ujian  dalam sehari, dan terdapat juga  sampel ujian  yang  dihantar ke Semenanjung untuk bantuan  ujian oleh kakitangan di negeri lain sekali gus dapat mengurangkan tempoh menunggu keputusan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PGA7 rampas rokok bernilai RM1.47 juta
Next: Ubah ekosistem teknologi digital untuk tampan impak Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.