Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan sedia pelan sokongan
  • NASIONAL

Kerajaan sedia pelan sokongan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAKLIMAT… Khairy Jamaluddin (kiri) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad (kanan) selepas menghadiri taklimat kerajaaan negeri berhubung kesiapsiagaan pelaksanaan pelan imunisasi di Dewan Mesyuarat Blok C, Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar semalam. • Foto BERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan mempunyai beberapa pelan sokongan jika terpaksa menangguhkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, perancangan itu dibuat sekiranya vaksin tersebut didapati tidak sesuai untuk digunakan di negara ini.

“Kalau kita terpaksa tunda atau sekiranya mendapati bahawa Astra-Zeneca tidak sesuai, kita ada beberapa perancangan lain (pelan sokongan).

Sebagai contoh, kita ada satu tawaran dari Pfizer-BioNTech untuk tambah lagi 12.8 juta dos, iaitu tambahan daripada yang telah kita tempah iaitu lebih kurang 30 juta dos.

“Ini adalah masih lagi dalam pelan sokongan sekiranya ia (AstraZeneca) tidak boleh dipakai,” katanya,dalam sidang media bersama Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad di Bangunan Dato Jaafar di sini,semalam.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan bagi mendengar laporan daripada kumpulan pakar mengenai perkembangan vaksin berkenaan.

Beliau berkata, kumpulan pakar di Malaysia sedang mengikuti perkembangan vaksin tersebut dan mengambil maklum mengenai beberapa kes pembekuan darah, yang dikenal pasti oleh badan kawal selia dari United Kingdom (UK).

“Tetapi kita masih lagi sedang melihat data tersebut, dan apa sahaja keputusan berkenaan penggunaan vaksin ini akan kita maklum kemudian,”
katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Malaysia dijadual mula menerima penghantaran vaksin AstraZeneca pada Mei
iaitu melibatkan tempahan 6.4 juta dos bagi penggunaan 3.2 juta rakyat.– Bernama

Continue Reading

Previous: Raja Perlis rasmi Program Transformasi Kampung
Next: Malaysia-Brunei dalam usaha jalin diplomasi vaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.