Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan sedia kaji keperluan struktur semula sistem beras – Mohamad
  • NASIONAL

Kerajaan sedia kaji keperluan struktur semula sistem beras – Mohamad

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu melepaskan telur-telur ikan bagi proses ternakan pada program lawatan ke ladang pembenihan dan ternakan ikan air tawar ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd di Rawang, hari ini. Turut bersama Pengarah Urusan ARC Berkat Agrofood Mohd Hafiz Nordin. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia meneliti keperluan penstrukturan semula sistem beras sedia ada untuk mengelak berlakunya penyelewengan atau sindiket kartel dalam industri padi dan beras negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya memandang serius dakwaan isu kartel atau berlakunya ‘permainan’ pihak tertentu dalam sektor berkenaan.

“Kita memandang serius (isu beras) dan buat apa sahaja perkara yang boleh termasuk soal struktur (sistem) beras, apakah perlu dikaji semula… kerajaan akan menilai semula dari sudut struktur organisasi beras di Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke kolam ternakan ikan air tawar di ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd, Rawang, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) mendakwa wujud ‘permainan’ tertentu di dalam Padiberas Nasional Bhd (Bernas) selain mendakwa isu kartel berkemungkinan benar-benar berlaku.

Presiden Barim Ismail Awang dilapor berkata, ahli persatuan itu tidak mendapat bekalan beras tempatan daripada Bernas kerana dikatakan tiada stok, sebaliknya sebahagian besar pasar raya mendapat bekalan berkenaan.

Mohamad berkata, beberapa isu berkaitan industri itu masih dalam perbincangan antara Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras.

“Sekarang ini, masih dalam peringkat perbincangan dan jika berlaku apa-apa penyelewengan, mereka akan ambil tindakan… kita tunggulah hasil siasatan,” katanya.

Sementara itu, berkaitan industri akuakultur, Mohamad berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyasarkan sebanyak 500,000 tan metrik hasil pengeluaran industri berkenaan tahun ini.

Beliau berkata ia mampu dicapai dengan memperkasakan sumber hasil iaitu 60 peratus bidang akuakultur dan 40 peratus perikanan tangkapan.

Mohamad berkata pada masa sama kempen untuk meningkatkan minat rakyat terhadap produk ikan air tawar juga perlu diperhebat sekali gus meningkatkan permintaan terhadap hasil ikan air tawar. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wanita pertama dalam perkhidmatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia
Next: Gaji penjawat awam tidak mampu tampung peningkatan kos sara hidup – CUEPACS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.