Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sarawak tak campur tangan pengurusan Affin Bank – Abang Johari
  • SEMASA

Kerajaan Sarawak tak campur tangan pengurusan Affin Bank – Abang Johari

Utusan Sarawak 8 months ago

Abang Johari pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli (SPA) saham Affin Bank oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan kerajaan Sarawak di Kuching hari ini. Foto ihsan Pejabat Premier Sarawak.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyerahkan sepenuhnya bahagian pengurusan kepada pihak Affin Bank untuk melaksanakan peranan mereka.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak tidak akan campur tangan dalam pengurusan Affin Bank Berhad meskipun mempunyai pegangan saham terbesar dalam institusi kewangan tersebut.

“Seperti mana disebutkan tadi kita (kerajaan Sarawak) mempunyai blok terbesar saham iaitu sebanyak 31.25 peratus, namun kita tidak akan campur tangan dalam pihak pengurusan, kita serah kepada mereka.

“Kita tidak akan masuk campur… sebarang urusan mengenainya kita serahkan kepada pihak AFFIN untuk melaksanakan peranannya.

“Kecuali, pada hujung tahun kita mengharapkan untuk menerima dividen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli (SPA) saham Affin Bank oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan kerajaan Sarawak di salah sebuah hotel, di sini, hari ini.

Selain itu, Abang Johari juga optimis institusi kewangan itu akan terus bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri ini termasuk dalam ekonomi baharu.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan perancangan untuk menjenamakan Affin Bank kepada nama baharu, Abang Johari berkata tiada keperluan untuk melaksanakan perkara itu.

“Nama baharu, tak payah… Kalau masanya sampai untuk menamakan semula, kita akan cadangkanlah,” jawabnya.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak melalui anak syarikat milik penuhnya, SG Assetfin Holdings Sdn Bhd telah memuktamadkan perjanjian pembelian saham (SPA) Affin Bank daripada LTAT dan Boustead Holdings Bhd, hari ini.

Sebelum pengambilalihan ini, kerajaan Sarawak memegang 4.81 peratus kepentingan dalam Affin Bank.

Dengan muktamadnya SPA itu, pegangan kerajaan Sarawak meningkat kepada 31.25 peratus, yang mewakili satu langkah besar ke hadapan.

Oleh RYNNA SHA’ERRA 

Continue Reading

Previous: PM Anwar rasmi Program Madani Rakyat di Miri esok
Next: Isu GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI hanya akan keluarkan pandangan hukum – Mohd Na’im

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.