Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak perkukuh infrastruktur, pertanian dan pelancongan di Bukit Saban
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak perkukuh infrastruktur, pertanian dan pelancongan di Bukit Saban

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas hadir pada majlis Malam Kebudayaan Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) 2026 di Kuching, malam tadi. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memberi komitmen tinggi dalam memperkasa pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban bagi mempercepatkan kemajuan serta meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata usaha itu turut memberi tumpuan kepada pembangunan Bukit Sadok sebagai destinasi pelancongan berasaskan sejarah dan warisan yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong serta membuka peluang ekonomi kepada komuniti tempatan.

Beliau berkata kerajaan negeri terus memperkukuh rangkaian perhubungan di kawasan berkenaan menerusi projek Jambatan Sungai Paku yang dijadualkan dirasmikan pada penghujung Julai ini.

Menurutnya, pembinaan jambatan itu akan meningkatkan jaringan pengangkutan, memudahkan pergerakan penduduk dan merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar, khususnya di Bukit Saban.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas berucap pada majlis Malam Kebudayaan Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) 2026 di Kuching, malam tadi. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi menaik taraf Jalan Ulu Rimbas sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kemudahan infrastruktur luar bandar.

Uggah berkata sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Bahagian Betong, dengan setiap kawasan DUN masing-masingnya menerima kira-kira RM200 juta untuk projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangam Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata hampir RM9 juta lagi diperuntukkan khusus bagi menjayakan projek pertanian di Bukit Saban melibatkan penanaman kelapa sawit dan lada sebagai langkah meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk luar bandar.

“Fokus utama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah untuk memperkukuh ekonomi rakyat dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Jangan lepaskan peluang yang disediakan menerusi pelbagai program dan inisiatif kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Kebudayaan Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) 2026 di Kuching, malam tadi.

Uggah berkata kerajaan negeri akan terus memastikan pembangunan yang dilaksanakan memberi impak menyeluruh kepada rakyat melalui penyediaan infrastruktur berkualiti, peluang ekonomi serta peningkatan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Beliau turut menggesa golongan belia supaya memanfaatkan peluang yang disediakan menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), termasuk inisiatif pendidikan tinggi percuma di institusi milik Sarawak serta meneroka bidang tenaga hijau, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas merasmikan majlis Malam Kebudayaan Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) 2026 di Kuching, malam tadi. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

“Belia perlu bersedia melengkapkan diri dengan kemahiran baharu supaya mampu memenuhi keperluan industri masa depan sekali gus menjadi pemacu kepada pembangunan negeri,” ujarnya.

Uggah juga menggesa KAABS agar terus memperbanyakkan program berteraskan pendidikan, sukan dan keusahawanan bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta mampu memimpin Sarawak pada masa hadapan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM1.7 juta bina PAWE Sri Satok perkukuh kebajikan warga emas
Next: Perdagangan Malaysia-Brunei cecah RM5.8 bilion, Sarawak-Brunei lebih RM1.8 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.