Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak luluskan 46 projek bangunan pentadbiran baharu bernilai RM1.2 bilion
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak luluskan 46 projek bangunan pentadbiran baharu bernilai RM1.2 bilion

Utusan Sarawak 2 days ago
TANDATANGAN… Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menandatangani plak digital Pusat Servis Sarawak Bahagian Sarikei.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak telah meluluskan sebanyak 46 projek pembinaan bangunan pentadbiran baharu di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, melibatkan peruntukan kira-kira RM1.2 bilion.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, berkata daripada jumlah tersebut, lima projek merupakan pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bersepadu (IAC) di peringkat bahagian.

“Sehingga kini, sebanyak 16 projek bangunan pentadbiran baharu telah siap dibina di pelbagai daerah dan daerah kecil, termasuk IAC Sarikei dan IAC Serian.

“Tujuh lagi projek sedang berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, merangkumi IAC Bintulu, IAC Limbang, dan IAC Lawas.

“Manakala 23 projek selebihnya masih dalam peringkat perancangan,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian IAC Sarikei, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan pembinaan baharu kuarters penjawat awam yang berkonsepkan pangsapuri moden.

“Sebanyak RM3.55 bilion diperuntukkan untuk membina 3,672 unit kuarters baharu di 67 lokasi seluruh Sarawak.

“Pembangunan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam yang menjadi tulang belakang dalam melaksanakan agenda pembangunan kerajaan.

“Persekitaran pejabat dan kediaman yang lebih kondusif dan selesa pasti akan meningkatkan mutu kerja serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 200 projek kerajaan bernilai RM4.9 bilion dilaksanakan di Sarikei – Abang Johari
Next: Tiada waris tuntut jenazah, Hospital Bintulu mohon bantuan orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.