Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan pastikan warisan etnik Sabah, Sarawak terus hidup – PM
  • NASIONAL

Kerajaan pastikan warisan etnik Sabah, Sarawak terus hidup – PM

Utusan Sarawak 8 months ago

PM menerima kunjungan daripada Kadazan Sabah Society (KSS) yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Marcel Leiking selaku Presiden bersama-sama lapan ahli jawatankuasa. - Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan beriltizam untuk memastikan warisan unik Kadazan serta semua etnik di Sabah dan Sarawak terus hidup dan diwarisi generasi akan datang. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata iltizam itu dinyatakan ketika beliau menerima kunjungan dari Persatuan Kadazan Sabah (KSS) diketuai Presiden Datuk Seri Marcel Leiking bersama dengan lapan ahli jawatankuasa persatuan itu hari ini. 

“KSS ialah sebuah pertubuhan yang komited dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazan di Sabah. 

“Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti Kadazan, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasakan budaya, bahasa dan tradisi yang menjadi identiti masyarakat ini,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau. 

Perdana Menteri juga berharap agar kerjasama erat antara kerajaan dan KSS terus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional melalui keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Fasa peralihan monsun mulai 24 Sept hingga awal November ini 
Next: MPOX: KKM pertingkat saringan di semua pintu masuk sempadan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.