Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kerajaan Paraguay kecam kenyataan berbaur perkauman terhadap Mbappe
  • GLOBAL

Kerajaan Paraguay kecam kenyataan berbaur perkauman terhadap Mbappe

Utusan Sarawak 5 hours ago
KERAJAAN Paraguay mengecam kenyataan Senator Celeste Amarilla yang didakwa berbaur perkauman terhadap kapten Perancis, Kylian Mbappe. Foto sekadar ilustrasi.

ASUNCION: Kerajaan Paraguay mengecam kenyataan seorang senator negara itu yang didakwa berbaur perkauman terhadap bintang Kylian Mbappé selepas Paraguay tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 2026.

Kementerian Luar Paraguay dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Senator Celeste Amarilla yang ditujukan kepada kapten Perancis itu bercanggah dengan nilai keharmonian, penghormatan dan maruah manusia yang diperjuangkan negara tersebut.

Menurut kementerian itu, kenyataan berkenaan sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan Paraguay atau rakyat negara itu.

Amarilla, anggota parti pembangkang utama Parti Liberal, sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyifatkan Mbappe sebagai “orang Cameroon yang dijajah dan berpura-pura menjadi rakyat Perancis”, selain melemparkan beberapa tuduhan peribadi terhadap penyerang berkenaan.

Kenyataan itu mencetuskan kecaman di Perancis selepas Paraguay tewas 1-0 kepada Perancis dalam aksi pusingan 16 terbaik di Philadelphia, Sabtu lalu.

Mbappe turut menyertai kecaman terhadap kenyataan tersebut menerusi hantaran di platform X, dengan menyifatkan Amarilla tidak layak memegang jawatan itu serta menegaskan beliau tidak mewakili Paraguay, sebuah negara yang menurutnya beraksi dengan penuh semangat dan kehormatan sepanjang kejohanan. – AFP

Continue Reading

Previous: Angka korban gempa bumi Venezuela melebihi 3,500
Next: Abu Gunung Etna jejas operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania, Sicily

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.