Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel – MoF
  • BISNES

Kerajaan pantau pelaksanaan penyasaran subsidi diesel – MoF

Utusan Sarawak 11 months ago
KEMENTERIAN Kewangan (MoF).

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memantau situasi semasa pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sekiranya perlu, penambahbaikan bantuan dari semasa ke semasa akan dibuat sekiranya perlu, kata Kementerian Kewangan (MoF). 

MoF berkata ia bagi memastikan golongan yang benar-benar layak terus mendapat perhatian kerajaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Kerajaan menyediakan bantuan bersasar terutamanya untuk sektor logistik serta individu yang memiliki kenderaan diesel di samping petani kecil dan pekebun kecil komoditi bagi mengurangkan impak kepada kos sara hidup dan rakyat yang dikenali sebagai Bantuan Subsidi MADANI (atau BUDI MADANI). 

“Mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi memerlukan kajian yang teliti supaya tidak meningkatkan kos kepada industri sedia ada serta menitikberatkan aspek pelaksanaan dan komunikasi yang berkesan kepada pihak industri agar tidak berlaku kejutan kepada ekonomi.

“Pelaksanaan juga perlu bersesuaian dan boleh dilaksanakan di samping mengekalkan fokus kerajaan dalam memastikan kos sara hidup rakyat tidak terjejas,” kata MoF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat, semalam.

MoF berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan tarikh melaksanakan mekanisme lebih mantap untuk menentukan siapa yang layak atau tidak layak untuk menerima setiap bantuan subsidi tersebut. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelaburan BlackRock di Malaysia cecah RM27.5 bilion, pengguguran datangkan implikasi negatif
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.