Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan MADANI jamin perkasakan SPRM banteras rasuah tanpa kompromi – Anwar
  • NASIONAL

Kerajaan MADANI jamin perkasakan SPRM banteras rasuah tanpa kompromi – Anwar

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan usaha memperkukuh integriti, tatakelola dan reformasi institusi negara bagi membina Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati, dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata beliau amat menekankan kepada usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara, yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abdul Halim Aman, di Putrajaya hari ini.

“Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam, tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan.

“Kerajaan MADANI akan terus memperkasakan SPRM sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati, dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Dua anggota MALBATT 850-13 cedera ringan dalam insiden serangan udara di Lubnan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.