Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan lulus RM100 juta tambah baik fasiliti keselamatan sempadan di Utara Semenanjung – Anwar
  • NASIONAL

Kerajaan lulus RM100 juta tambah baik fasiliti keselamatan sempadan di Utara Semenanjung – Anwar

Utusan Sarawak 10 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat ke reruai pameran selepas merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta untuk penambahbaikan fasiliti keselamatan di sempadan utara Semenanjung melibatkan Kedah, Perlis dan Kelantan.

Dalam mengambil kira keadaan daif kebanyakan fasiliti keselamatan terutama di sempadan utara negara, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan supaya proses pengurusan dan kewangan bagi tujuan itu dipercepatkan

“Ada keperluan (tambah baik) di utara Semenanjung. Pada 3 Ogos ini saya akan bertemu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Golok dan Rantau Panjang untuk membincangkan soal keselamatan sempadan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Sementara itu Anwar berkata, pembangunan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia, Nusantara perlu diberi tumpuan dan program tindakannya tidak boleh dilengahkan.

Justeru, Perdana Menteri berkata beliau mahu laporan terkini dibentangkan kepada beliau dalam mesyuarat Kabinet Khamis ini mengenai perkembangan pembangunan kawasan berkenaan.

Pada 20 Januari tahun lepas, kerajaan mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia yang baharu itu.

Peruntukan itu bagi membina Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta jalan raya di kawasan berdekatan sempadan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus – MOT
Next: Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam disahkan palsu – MoF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.