Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan lanjut tempoh kadar maksimum tambang penerbangan musim perayaan kepada empat hari
  • NASIONAL

Kerajaan lanjut tempoh kadar maksimum tambang penerbangan musim perayaan kepada empat hari

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bercakap pada sidang media selepas melancarkan Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina di AirAsia RedQ pada Selasa. Foto Bernama

SEPANG: Kerajaan melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum berjumlah RM499 pada musim perayaan daripada tiga kepada empat hari bermula Krismas ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata inisiatif itu terpakai bagi perayaan-perayaan pada tahun hadapan untuk penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak 

“Kerana kita menjangkakan lebih ramai akan balik pada hujung minggu, jadi empat hari ini (sebelum tarikh perayaan) akan diberikan bantuan subsidi iaitu kita menetapkan kadar maksimum untuk syarikat penerbangan.

“Ini sudah tentunya akan memberikan kemudahan dan juga satu harga tambang yang lebih kompetitif dan lebih baik buat penumpang. Kita harap lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kadar tambang tetap AirAsia bagi perayaan Tahun Baru Cina di AirAsia RedQ di sini hari ini.

Loke berkata pelanjutan inisiatif itu melibatkan tambahan pembelanjaan kerajaan dan dianggarkan  menelan kos sebanyak RM20 juta. 

Beliau berkata Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM48 juta kepada Kementerian Pengangkutan untuk menjayakannya serta inisiatif FlySiswa. 

“Secara purata, subsidi untuk setiap kerusi bagi seorang penumpang ialah RM406. Bagi tahun ini, kita telah membelanjakan hampir RM12.5 juta.

“Kerajaan Malaysia mengambil langkah ini sebagai intervensi untuk menetapkan harga tiket (tiket penerbangan) semasa musim perayaan … . Kita sedia maklum kadangkala harga tiket melambung naik kerana ia berdasarkan mekanisme harga dinamik,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri mula menurun pagi ini
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.